Insurance paksa.

Saya ada sedikit perkongsian tentang Agen Insurance.

Kisah ini berlaku pada saya sendiri.

Setahun lepas, saya berjumpa dengan seorang kawan lama yang saya kenal semasa saya di kelas memandu di Johor Bahru.
Dia seorang agen P dan cuba meyakinkan saya tentang kebaikan insurans-nya.  Saya memang berminat, tetapi saya belum berani untuk mengambil insurans P tersebut dengan keadaan saya yang tidak berkerja, mana saya nak cari wang untuk membayar insurans.  Jadi, saya hold dulu.

Setahun sebelum saya berjumpa dengan agen P tersebut, saya menghidap penyakit yang bukan la seperti kes-kes berat.  Saya cuma lalai dalam penjagaan makanan saya kerna terlalu banyak pemakanan fast food.

Saya ceritakan kepada agen P tersebut, kerna saya fikir saya perlu kongsi kerna ia masalah perempuan.
Silap saya, dia gunakan penyakit saya itu sebagai bahan permainan dia untuk terus menakutkan saya dan menganggu fikiran saya.

Seperti memaksa saya mengambil insurans P dengan dia, dia menceritakan semua jenis kematian dan kemalangan yang di timpa orang takda insurans. Dia seperti menidakkan qada dan qadar, bahawa maut dan ajal di tangan Allah.

Saya memang yakin dengan dia pada mulanya, tapi persepsi saya mula berubah selepas apa yang keluar dari mulutnya. Seperti lebih kepada pelindungan insurans daripada perlindungan Allah.
Allahu.

Saya kesal, kerana keluarga dia sangat dihormati dan ahli keluarga ialah penceramah agak dihormati di Johor Bahru.

ini ialah kisah tahun lepas.

Lama saya cuba jauhkan diri daripada dia, kerana dia terlalu taksub dengan target insurans nya. Saya buat keputusan utk lupakan dan berkawan macam biasa, kerana saya akan berkahwin pada hujung tahun ini. Jadi saya ingin dia hadir di majlis saya.

Perkara yang saya tak jangka, dia mula bercerita pasal insurance. Saya memang ada bertanya insurans masih pakej yang sama?

kerna dia cakap tahun lepas, pakej akan lebih tinggi tapi tak dapat kelebihan yang sama.

Tapi sehingga lah tahun ni, masih belum bertukar. Jadi saya fikir, dia memang tak boleh dipercayai langsung.

tapi atas dasar kawan, saya decide untuk buat insurans. tetapi, saya dan bakal suami bercadang untuk buat selepas selesai semua majlis kami kerna kami perlu dahulukan benda yang lebih penting dahulu.

saya fikir jika saya tak mampu, macamna saya nak spend duit untuk insurance.

dan saya terperanjat apa yang keluar dari mulut dia

" saya taknak pape buruk jadi kat awak, terpaksa guna duit kawin utk kos rawatan "

Ya Allah. Sampai macamtu sekali dia mendoakan seseorang yang dia panggil kawan dia.

Sedangkan beberapa kali saya sudah cakap, saya bukan tak nak ambil. Tapi bagi saya selesaikan satu persatu.

Saya bukan lah orang senang yang boleh spend duit ke semua tempat, saya juga ada tanggungan. saya tahu tahap kemampuan saya.

Saya pon sekali lagi abaikan dia kerna sikap dia yang terlalu memaksa dan terlalu menakutkan saya.

suatu hari,
agen P tersebut telah menghantar mesej di instagram kepada tunang saya untuk meminta no telefon.Tunang saya tanya apa tujuan dia rupanya, dia bertanya betol ke tunang saya ni tak bagi saya amek insurans.

Allahu, dia twist ayat saya.bukan tunang saya tak bagi, tapi suruh selesaikan apa yang penting memandangkan kami ada majlis hujung tahun ini.

Mungkin kerana target, dia sanggup menidakkan qada dan qadar.

Ya Allah kau lindungi aku dan keluarga ku dan juga orang yang aku kasihi dilindungi oleh Mu, Allah Maha Besar.

p/s : saya tahu tentang kebaikan insurans, saya berniat ambil selepas selesai semua majlis saya banyak kena bantu. Saya pon ada kawan lain yang buat insurance yang sama, tapi dia tak pernah mendoakan perkara buruk untuk saya dan tunang.Saya faham,akan ada setiap wakil dalam apa-apa institusi atau syarikat yang akan memburukkan nama syarikat itu sendiri. Saya percaya ramai la agen yang jujur dan faham tentang polisi insurance kerana dia adalah satu-satu nya agen yang mendoakan orang yang buruk bila pelanggan menolak secara baik.Minta saya dan kamu semua dijauhkan.